Bagaimana Step-Step Dari 0 Menjadi Multi-Jutawan & Billionaire

duit banyak

Bagaimana Step-Step Dari 0 Menjadi Multi-Jutawan & Billionaire

Saya disini saya taknak menerangkan bagaimana nak jadi berjaya sebab istilah berjaya itu besar skopnya. Lain orang, lain definisi kejayaan bagi nya.

Contoh:
Ada orang yang hidupnya suka membersihkan longkang dan dia gembira pun kita boleh katakanya dia berjaya dalam hidup.
Ada orang yang kerja Mc Donalds dari muda sampai tua dan dia gembira pun dia berjaya dalam hidup.
Ada orang jadi imam masjid pun dia suka apa yang dia buat pun dia berjaya di dalam hidup.

Tapi di sini saya nak ajar bagaimana step-step anda dari 0 status kewangan untuk menjadi bukan jutawan tetapi multi-jutawan dan terus billionaire dalam hidup anda yang akan datang.

Kita kena faham satu perkara, lagi kaya kita sebenarnya lagi banyak kita dapat tolong orang yang susah. Sebab itu Islam galakkan kita menjadi kaya raya.

Kalau anda rasa nak hidup biasa-biasa sahaja, bagi saya anda sebenarnya pentingkan diri sendiri sahaja kerana anda tidak mahu tolong ramai lagi orang yang susah di luar sana. Ya betul, duit bukan segalanya tapi ingat di zaman sekarang ini semua benda perlukan duit. Bila kita berduit berharta, kita dapat bina masjid untuk kawasan yang tiada masjid. Kita dapat sediakan rumah bagi mereka yang tidak berumah. Kita dapat memberi makanan untuk mereka yang kebuluran.

Sebab itu kita kena kaya raya multi-jutawan & billionaire. Faham?
Itu tujuan kita mencari duit.

Kita kena faham satu konsep yang rezeki & harta benda ini adalah milik Allah swt. Kita ini hanya sebagai saluran sahaja untuk Allah salurkan hartanya kepada hamba-hambanya yang memerlukan. Jika Allah nampak apa yang kita lakukan dengan kita salurkan hartanya kepada hambanya yang lebih memerlukan, Allah akan lebih yakin dengan kita untuk kita uruskan harta-hartanya yang berbillion-billion itu. Dan disaat inilah kita akan rasa yang kita kaya raya billionaire, tetapi kita haruslah sentiasa beringat harta kaya raya kita itu adalah milik Allah untuk hamba-hambanya yang susah bukan milik kita. Faham? Kita hanya pemegang amanah untuk menyampaikan rezeki kepada hamba Allah yang lebih memerlukan.

So, anda ready nak tahu bagaimana step-step untuk menjadi Multi-Jutawan dan Billionaire?

Saya ada cipta satu teori yang di namakan ‘The 7 Camps’. Camps itu mewakili campsites. Dimana kita ibarat nak memanjat gunung tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest. Setiap step yang kita lalui kita akan singgah di campsite-campsite sebelum sampai ke puncak.

Begitu juga dengan step-step untuk menjadi multi-jutawan & billionaire ada campsite-campsite yang tersendiri.

Campsite 1 – STUDENT/PELAJAR

Di peringkat pertama sebagai Student ini perkara yang paling penting adalah persedian otak kita. Disini tempat kita belajar dan menimba ilmu. Tak kira apa jua juga subjek dan course yang kita ambil, disini adalah umpama otak kita berada di dalam gym. Otak ini seumpama otot-otot badan. Semakin kuat kita bersukan dan bersenam semakin kuat otot-otot badan kita akan menjadi. Begitulah yang terjadi kepada otak kita. Semakin kuat kita belajar dan berfikir, semakin kuat otak kita berfungsi. Disini kita melatih otak kita utuk menjadi ‘mentaly strong’ dan lebih kuat mengingat, tahan stress, bijak dan sebagainya. Semasa kita menjadi student, jangan sesekali kita rasa course yang kita ambil ini adalah course khas untuk orang pandai dan tidak pandai.

Kita kena ingat teori Elbert Eistein berkenaan ikan diajar untuk memanjat pokok. Adakah ikan itu tidak pandai kerana ia tidak boleh memanjat pokok? TIDAK.

Setiap manusia di dunia ini ada kepandaian masing-masing. Ikan pandai berenang, monyet pandai memanjat pokok. Begitu juga dengan manusia yang bergelar student. Adakah student yang belajar perubatan pandai jika kita minta mereka lakukan test programing dan IT? Dan adakah student IT tidak pandai jika kita bagi mereka course engineering? So, ia bukan berkaitan dengan course apa yang kita pelajari, kerana kita ini semua dilahirkan pandai dalam bidang dan kepakaran masing-masing tetapi yang paling penting adalah semasa menjadi student, bagaimana kita ’excersice’kan otak kita untuk menjadi kuat dan lebih kuat. Semakin lama kita gunakan otak kita, semakin kuat otak kita untuk sampai ke campsite-campsite berikutnya.

Campsite 2 – PEKERJA

Di peringat pekerja ini, banyak benda yang kita harus pelajari. Kita harus faham perasaan dan bagaimana menjadi seorang pekerja. Bagaimana hubungan pekerja dengan rakan-rakan kerja yang lain. Bagaimana persepsi seorang pekerja terhadap boss-boss mereka. Apa yang sebagai seorang pekerja suka dan tidak suka. Apa yang sebagai seorang pekerja hendak dan tidak hendak. Adakah pekerja motivated dengan sikap orang-orang atasan? Kalau mereka tidak, kenalpasti kenapa sebabnya. Kalau mereka motivated kenapa pula sebabnya.

Disini juga kita harus belajar carta organisasi syarikat. Contohnya apa jobscop atau kerja-kerja yang dilakukan oleh bahagian pembuatan, kreatif, kewangan, pemasaran, sale dan banyak lagi. Disini kita boleh tolong setiap department untuk anda pelajari sesuatu terutama dengan orang-orang yang sudah lama bekerja kerana pengalaman mereka akan menjimatkan ratus-ratus ribu duit kita dimasa hadapan. Mahirkan diri kita menjadi pekerja semahir-mahirnya. Kerana satu hari nanti kita pasti akan mempunyai pekerja dan kita sudah tahu apa yang pekerja-pekerja rasa sebab kita pernah berada di tempat mereka. Dengan itu, mereka tidak boleh tipu dan selindung dengan kita lagi kerana kita telah laluinya sebelum mereka laluinya.

Campsite 3 – HYBRID PEKERJA + JURUJUAL

Apabila kita sudah mahir menjadi pekerja dan mendapat gaji tetap tiap hujung bulan, kita sudah boleh perlahan-lahan membuat ‘part-time’ menjadi jurujual produk jenama orang lain. Disini adalah tempat kita belajar skill ‘menjual’ tanpa kita menanggung risiko yang besar.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, skill menjual adalah merupakan skill paling asas yang teramat penting bagi seseorang ketua. Fokus pada belajar cara cara bagaiman nak menjual.

Bagaimana untuk mempelajari skill menjual ini adalah dengan menjual barangan atau produk jenama lain yang sudah kukuh dari segi branding dan marketing di pasaran.

Bagaimana nak kenalapasti jenama yang sudah kukuh dari segi branding dan marketing?
Selalunya jenama yang sudah kukuh di pasaran ini adalah jenama yang telah berada di pasaran melebihi 3-5 tahun. Anda kena betul-betul pasti jenama yang anda pilih untuk menjadi jurujual/agent ini. Jangan hanya pandang kepada harga semata mata. Tersalah pilih jenama, maka hangus duit anda dan barang pula akan tersadai di bawah katil.

Untuk menjadi jurujual, modalnya adalah tidak sebanyak membina jenama sendiri kerana kita tidak perlu keluar modal yang besar untuk lakukan branding and marketing. Tahukah anda untuk membuat sesuatu jenama sendiri, kita perlu membakar beratus-ratus ribu sehingga berjuta-juta ringgit khas untuk membuat ‘branding’ sahaja yang mana perkara ini kita tidak perlu lakukan sekiranya kita menjadi jurujual untuk jenama tersebut. Jenama yang gah di pasaran sebenarnya telah membelanjakan atau membakar berjuta-juta ringgit untuk menaikkan branding mereka dan membelanjakan berjuta-juta ringgit juga untuk melariskan produk mereka melalui medium permasaran/marketing.

Kita sebagai jurujual harus mengambil kesempatan ini untuk menjual produk-produk mereka untuk menjana pendapatan dan mengumpul duit, menimba pengalaman dan mengumpul database pelanggan. Apabila pendapatan bulanan kita sebagai jurujual sudah melebihi dari kerja makan gaji kita, sudah masanya kita fokus untuk menjadi jurujual sepenuh masa untuk campsite ke-4 ‘The 7 Camps’

Campsite 4 – JURUJUAL FULLTIME

Sebagai jurujual sepenuh masa. Kita seharusnya mempunyai sistem dan prosedur (SOP) yang lengkap untuk memudahkan lagi kerja-kerja menjual. Sebagai jurujual sepenuh masa untuk sesuatu jenama itu maksudnya sale kita mungkin antara yang tertinggi dalam jenama tersebut. Fokus pada jenama tersebut dan jangan jual banyak jenama pada satu masa.

Disini kita akan berbaik dengan CEO jenama tersebut dan selalunya CEO jenama tersebut akan luangkan banyak masa untuk kita dan disni kita berpeluang mempelajari bagaimana CEO tersebut mengendali syarikatnya dan bagaimana dia menjalankan branding and marketing syarikat tersebut. Saat inilah masanya kita hadam betul-betul apa yang CEO itu kongsikan dan sekiranya kita mempunyai soalan-soalan, ajukan sahaja kepada CEO tersebut kerana di tahap ini CEO akan sharekan segalanya yang mereka tahu. Banyakkan belajar mengenai cara pengurusan bisnes dan pelaksanaan SOP dalam bisnes.
Bila kita sudah mempunyai ilmu yang cukup, barulah kita menuju ke campsite no 5 – Small Business.

Campsite 5 – BERNIAGA KECIL (SMALL BUSINESS)

ONE MAN SHOW!
Contoh mudah adalah peniaga-peniaga di tepi jalan atau gerai-gerai. Segala-gala kerja dilakukan oleh diri anda diri. Kitalah yang menyediakan bahan mentah, kitalah yang memasak, kitalah yang menjual. Kebiasaannya, perniagaan kategori ini mempunyai kadar keuntungan melebihi 100% kerana kita tidak mempunyai pekerja untuk digajikan.

Kalau kita mendapat untung sebanyak RM5,000, kesemua untung tersebut adalah milik kita sendiri. Nampak seperti cukup untuk menampung hidup bukan? Sebenarnya kita silap. Bayangkan apa yang terjadi jika kita jatuh sakit. Keseluruhan perjalanan perniagaannya kita terbantut, tiada pendapatan lagi sedangkan wang keluar setiap hari bagi menampung kos sara hidup kita. Bagaimana sekiranya hari hujan dan perniagaan kita tidak laku? Pastinya berlaku pembaziran di situ, bahkan, hari hujan terasa bagaikan badai Tsunami melanda. Apa yang harus anda lakukan?

Kita harus mempunyai satu pasukan yang melakukan kerja berdasarkan arahan daripada kita. Segala arahan dan keputusan dalam perniagaan dibuat oleh kita.
Disebabkan kita memiliki satu pasukan, maka beban tugas dapat dibahagi-bahagikan mengikut spesifikasi kerja. Walau bagaimanapun, perjalanan syarikat tetap akan terganggu sedikit sebanyak jika kita jatuh sakit kerana ketiadaan person in charge untuk membuat keputusan. Risiko terhadap perniagaan masih wujud disebabkan oleh pengaruh pemilik (kita).

Kebiasaannya, kadar keuntungan perniagaan jenis ini di bawah 100% memandangkan syarikat menampung kos overhead yang agak tinggi untuk membayar pekerja dan lain-lain, tetapi dari segi jumlah pendapatan syarikat adalah jauh melebihi dari perniagaan One Man Show.

Campsite 6 – BERNIAGA BESAR (BIG BUSINESS)

This is real bussiness real company! Perniagaan besar mempunyai satu pasukan yang mampu berjalan dan berkembang samada dengan/tanpa kita (pemilik) berada bersama. Perjalanan syarikat diuruskan oleh satu pasukan yang besar dengan dipecahkan kepada pelbagai pasukan kecil, di mana setiap pasukan mempunya person in charge yang mampu membuat keputusan untuk kumpulan. Dan ini apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar seperti Apple, Google, Micosoft dan syarikat saya, Bella Ammara sekarang.

Kebaikan model perniagaan seperti ini adalah jika berlaku masalah terhadap seseorang di mana-mana bahagian, dia boleh digantikan dengan segera tanpa mengganggu operasi syarikat. Keburukan sistem ini adalah nilai setiap individu menjadi semakin kecil. Mereka dilihat hanya sebagai salah satu roda gear yang menggerakkan syarikat sehingga menyebabkan kebajikan pekerja mungkin terabai, dan jasa pekerja terhadap syarikat mungkin dipandang sepi. Walau bagaimanapun, dengan sistem pengurusan sumber manusia (HR) dan persatuan pekerja yang baik, hal ini dapat dikawal sehingga ke tahap yang dapat diterima dan memuaskan hati kedua-dua pihak majikan dan pekerja. Margin keuntungan bagi perniagaan kategori ini biasanya kecil. Barangkali di bawah 10%, tetapi bermain dengan volume yang besar. Di di tahap inilah adanya position CEO, COO, CFO dan sebagainya.

Campsite 7 – PELABUR (INVESTOR)

Disini adalah ULTIMATE! Kita sudah mempunyai pengalaman berniaga, networking dan fund/duit yang sangat luas dan banyak. Dengan gabungan pengalaman, networking & duit yang sangat banyak, sudah tiba masanya kita duduk di rumah sahaja dan membiarkan duit kita pula yang bekerja untuk kita. Disini kita harus bijak mencari syarikat-syarikat untuk kita laburkan duit kita dan tunggu sahaja pulangan dari pelaburan kita itu secara bulanan atau tahunan yang bernilai puluh-ratus-juta dan billion. Kita sudah boleh istiharkan diri kita dalam golongan ‘Financial Freedom’ kerana kita sudah mempunyai masa yang banyak, duit yang banyak dan alhamdulillah kesihatan yang bagus untuk kita enjoy diri kita sendiri.

Jom Iklan

Jom letak iklan anda di gengmurah secara percuma tanpa perlu daftar sekarang !